PROGRAM
QUANTUM MANAGEMENT HATI TERAPI ZIKIR QALBU ANUGERAH AGUNG
(Perisai, Penawar dan Penggerak Bagi
Hati)
Manusia itu dinilai menurut hatinya kerana hati/qalbu itulah yang merupakan
tenaga penggerak bagi seluruh kegiatan seseorang, diam dan geraknya yang
menghasilkan sesuatu kebaikan atau sebaliknya. Manakala hati/qalbu itu selalunya pula diganggu-gugat oleh syaitan dan
keinginan-keinginan yang buruk malah dia boleh berbolak balik sehingga boleh
bertukar pula dasarnya dari keimanan kepada kekufuran – wal ‘iyaadzubillaahi
min dzaalik. Kerana itu hati/qalbu perlulah dikawal.
QUANTUM
–Merupakan Tingkah laku partikel yang berubah-ubah dari benda padat menjadi
getaran vibrasi dan sebaliknya tergantung dari “Niat” penelitinya.
Vibrasi
Quanta dalam istilah agama dapat disebut sebagai / qolbu manusia yang berfungsi
sebagai energi potensial yang dapat dikembangkan dan memiliki kekuatan yang
sangat dahsyat. Sehingga keberhasilan dan kegagalan manusia sangat ditentukan
oleh daya fungsi “Hati/ Qalbu”.
Zikir Qalbu Anugerah Agung adalah sebuah
kaedah atau ritual qalbu dengan tatacara melafazkan zikir tertentu yang
diharmonisasikan dengan putaran energi Ilahiyah dalam tubuh anda.
Zikir Qolbu adalah suatu teknik pemberdayaan diri
dengan memadukan unsur Spiritual, Emotional & Mind Technology sehingga
menghasilkan vibrasi/energi dari dalam diri yang dapat membantu dalam percepatan
penyembuhan fisik & emosi, memperlancar kesuksesan, meningkatkan kecerdasan
spiritual dan berbagai hal yang Anda inginkan, hanya dengan mengolah Qalbu/
hati Anda dengan Method ZIKIR & FIKIR
Dengan kerutinan yang istiqamah (terus
menerus) dalam keadaan psikologi yang stabil, insya Allah Zikir Qalbu Anugerah
Agung ini dapat membangkitkan beberapa kemanfaatan yang bersifat spiritual
mahupun kemanfaatan yang langsung dapat dirasakan.
Harmonisasi yang terarah merupakan sebuah
manifestasi interaksi antara diri anda dengan dimensi spiritual yang sangatlah
penting untuk difahami dan dimengerti berbagai kearifan yang anda jumpai di
dalamnya. Dengan kebersihan hati
dan ketenangan batin insya Allah akan anda dapatkan selautan manfaat yang
luarbiasa.
Di sini dipersembahkan pengajian tentang kaedah Zikir Qalbu Anugerah Agung
ini kepada anda, sehingga mendatangkan manfaat untuk anda semua…Aamien
PENGENALAN
ZIKIR QALBU
Pokok bahasan pengajian Zikir Qalbu
Anugerah Agung
dikelompokkan menjadi 3 bahagian utama, yang ketiga-nya menjadi bahagian yang
sangat penting dan saling menguatkan, iaitu:
Zikir yang rutin dan istiqamah
Zikir yang rutin sahaja belumlah cukup, kerana rutiniti sahaja adalah
merupakan sebuah perilaku badan kasar anda (fizikal). Sedangkan Zikir yang
rutin dan istiqamah adalah perilaku badan kasar (fizik) dengan disertai
perilaku batin iaitu dengan tetap menjaga prasangka baik sehingga akan
tercermin jiwa yang tenang penuh dengan kepasrahan.
Kearifan
Zikir Qalbu itu sendiri.
Ertinya anda harus memahami bahawa zikir Qalbu
tersebut memerlukan sebuah kearifan( pemahaman yang bersih) bahawa diantara
beberapa cara berzikir adalah baik, akan tetapi anda berusaha mencari cara yang
lebih baik, supaya zikir tersebut mampu menghantar laku(ritual) anda tersebut
kepada kemanfaatan
kepada diri anda, mahupun kepada orang lain.
Membuka diri terhadap peristiwa
spiritual
Di dalam menjalani laku Zikir Qalbu tersebut,
Insya Allah anda akan sering mendapati
(menjumpai) beberapa peristiwa spiritual baik yang terjadi di dalam badan kasar
anda (fizik) ataupun murni pengalaman spiritual yang akan muncul secara
langsung ataupun melalui potensi bawah sedar anda (subconscious of mind). Bukan
mengandaikan atau mengada-adakan, akan tetapi
anda perlu untuk melakukan analisa dan memikirkan perkara tersebut,
sebagai sebuah tanda-tanda kebenaran yang Allah bukakan kepada anda dengan
berbagai manfaatnya.
Dengan memahami ketiga-tiga bahasan utama di
atas, selanjutnya anda akan mencuba mempotensikan Zikir Qalbu tersebut untuk
memberikan berbagai kemanfaatan yang secara teknik dan metodologi dapat anda
optimumkan untuk berbagai hajat dan keperluan.
Dengan semangat “Fii Sabilil Haq, Fastabiqul
Khairaat‘ Berjuang di jalan Allah dan belumba-lumba dalam kebaikan, maka saya
mengucapkan selamat mengikuti material pengajian Zikir Qalbu tersebut.
PROGRAM
KEILMUAN
BAB 1
MEMAHAMI
KAEDAH ZIKIR QALBU
Pemahaman terhadap kaedah Zikir Qalbu,
bersumber dari beberapa isyarat yang anda jumpai baik di dalam Al-Quran juga di
dalam Hadits Rasullullah SAW. Ada dua kaedah yang sangat mendasar dan
memberikan suatu pemahaman yang sangat penting dalam merumuskan kaedah Zikir
Qalbu adalah sebagai berikut:
Bahawa tidak sempurna iman seseorang sehingga
apabila di sebut Asma Allah maka bergetar hati mereka, dan tidak sempurna iman
seseorang sehingga apabila mendengar di bacakan ayat-ayat Allah maka akan
bergetar hati mereka…Al-Ayat
Bahawa di dalam diri anda terdapat segumpal
darah, yang apabila baik segumpal darah tersebut maka akan baiklah diri anda,
namun apabila buruk segumpal darah tersebut, maka akan buruk pulalah diri anda,
dan segumpal darah tersebut adalah hati…Al-Hadits
Dengan memahami dua kaedah tersebut di atas,
banyak sekali anda dapat menyimpulkan suatu nilai isyarat yang sangat berharga
tentang hati / Qalbu yang dapat memberikan suatu pencerahan ruhaniah.
Beberapa kaedah zikir Qalbu tersebut adalah
sebagai berikut :
Zikir haruslah di lafazkan diucapkan dengan
frekuensi rendah (nada rendah seperti bass) kerana akan mempercepat keadaan
semi trance sehingga akan tercipta harmonisasi antara badan halus dan badan
spiritual anda. Hal ini merupakan pemahaman dari kaedah zikir Qalbu yang
pertama.
Zikir dengan membaca Asma Allah (Asmaul Husna) dalam jumlah tertentu akan
memberikan kesan yang tinggi. Ini adalah kerana Asmaul Husna bacaannya pendek
sehingga anda akan lebih cepat melakukan pengulangan melafazkannya, sehingga
semakin lama akan memberi kesan / pengaruh berputarnya siklus energi Ilahiyah
di dalam diri anda.
Dengan dua keadaan tersebut di atas, maka akan semakin cepat membawa anda
dalam keadaan trance. Dalam keadaan trance seperti ini maka potensi spiritual
akan semakin kuat yang akan diiringi dengan munculnya fenomena-fenomena
spiritual yang sangat menakjubkan.
Apabila Zikir Qalbu di lakukan secara berulang dan istiqamah
(terus-menerus), maka selain anda mengalami berbagai fenomena spiritual maka
juga pasti akan disertai dengan munculunya berbagai kemampuan (ability)seperti:
indera ke-enam, terawangan (projeksi astral) serta meragasukma yakni sebuah
perjalanan spiritual (projeksi ether). Selain daripada itu potensi energi
Ilahiyah yang dibangkitkan dengan Zikir Qalbu dapat dimanfaatkan untuk banyak
sekali kemanfaatan sesuai hajat dan keperluan anda.
BAB
2
PENGAJIAN ZIKIR QALBU ANUGERAH AGUNG
Dalam pakej program Zikir Qalbu Anugerah Agung ini disertakan di dalamnya
kelengkapan sebagai berikut:
DVD Zikir Qalbu Anugerah Agung
DVD Zikir Qalbu Anugerah Agung yang berisikan Zikir alat Bantu di dalam melakukan
zikir Qalbu tersebut. DVD rakaman Zikir yang sudah diprogram
sedemikian rupa sehingga secara proporsional akan akan memancarkan berbagai
gelombang frekuensi. Rakaman Zikir yang sudah di sikronisasi pada gelombang
frekuensi tingginya, di optimumkan secara profesional pada gelombang frekuensi
tengah dan rendahnya. Secara stimultan akan menstimulan gelombang frekuensi Alpha dengan panjang
gelombang 8Hz-14Hz.
Dengan DVD Zikir Qalbu Anugerah
Agung ini, anda hanya pasang pada player (CD player atau Komputer).
Latihan ini akan lebih berkesan kalau anda mendengarkannya dengan headphone
atau earphone.
Buku panduan Zikir Qalbu Anugerah Agung
Di dalam buku panduan ini mengupas perihal Zikir Qalbu dan kaedahnya serta
pengajian untuk mengolah energi Ilahiyah dengan Zikir Qalbu dan cara
memanfaatkannya.
LATIHAN
Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, anda dinasihatkan agar menjalankan
latihan ini dengan bersungguh-sungguh, tekun, yakin dan menjiwai apa yang anda
lalui. Dari situ anda akan meraih ketenangan yang harmoni yang akan membuahkan
jiwa yang kuat dan berkualiti tinggi.
POTENSI SPIRITUAL ZIKIR QALBU ANUGERAH AGUNG
Zikir Qalbu yang telah anda amalkan bukannya tidak akan merubah potensi
spiritual rohaniah anda. Suasana hati (Qalbu) anda akan sangat berpengaruh atau
mempengaruhi diri anda secara utuh. Ertinya bahawa suasana hati anda akan
mempengaruhi keadaan rohaniah anda. Secara umum dapat anda contohkan seperti
berikut ini:
Apabila keadaan emosional hati anda sedang buruk, maka memberi pengaruh yang
kurang baik kepada anda baik secara rohaniah mahupun secara nyata. Misalnya
anda dalam keadaan emosional yang buruk, maka apabila anda sedang mengerjakan
suatu bisnes atau pekerjaan, maka akan mempengaruhi pekerjaan anda dengan
keadaan yang kurang menguntungkan.
Apabila anda dapat menjaga suasana hati / Qalbu anda tetap dalam keadaan
yang tenang dan bahagia maka insya Allah anda akan mendapat banyak kegembiraan
dan keuntungan yang tidak di sangka-sangka.
Menyikapi keadaan seperti tersebut di atas, maka ada banyak hal yang
penting yang harus anda persiapkan supaya suasana spiritual anda tidak menjadi
buruk, demikian pula keadaan rohaniah anda.
Perkara yang dapat anda lakukan adalah dengan selalu membuka prasangka baik
terhadap sesiapapun dan terhadap apapun ( meski tanpa meninggalkan kearifan dan
kejernihan fikiran), tidak cepat berprasangka buruk terhadap apapun, menghindar
dan menjauhi perkara yang dapat mempengaruhi keadaan spiritual anda sehingga
menjadi terperuk dan berada di dalam keadaan yang suntuk. Secara sederhana
dapat anda simpulkan bahawa, apabila hati anda dalam keadaan sedih, susah atau
dalam keadaan yang buruk maka akan memberi kesan yang kurang baik pula pada
keadaan anda secara rohaniah dan secara nyata. Namun demikian pula sebaliknya,
keadaan atau suasana hati yang senang, bahagia maka akan memberi kesan yang
bagus baik secara rohaniah ataupun secara nyata.
Dengan penyelarasan Zikir Qalbu yang berulang-ulang dan istiqamah
(terus-menerus), maka akan membukakan pintu keberuntungan dalam segala perkara,
mendatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka dansebagainya.
Zikir
Qalbu juga akan membukakan kepekaan indera ke-enam anda, sehingga anda akan
mendapat isyarat-isyarat samada dari alam nyata mahupun alam ghaib.