MANFAAT


MANFAAT
Dzikir didalam hati adalah kegiatan dzikir yang dianjurkan didalam Surat Al A’Raaf ayat 205.


205. Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai. (Al A’raaf 205)


Aktiviti dzikir didalam hati dilakukan setiap saat ketika berdiri, duduk dan berbaring sebagaimana disebutkan dalam surat an Nisa’ ayat 103 :


103. Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring….(An Nisa 103)

Dzikir didalam hati merupakan amalan batin yang tidak dapat di lihat dan diketahui orang lain ketika melakukannya. Ini merupakan amalan siir yang tersembunyi dari pandangan manusia, namun tidak pernah luput dari pengawasan Allah sebagaimana disebutkan dalam surat al-Mulk ayat 13

13. Dan rahsiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.  ( Al  Mulk 13)

Tidak mudah melakukan kegiatan ini, kerana melibatkan hati dan fikiran. Bagaimana kita boleh mengawal hati dan fikiran untuk selalu berdzikir mengingat dan menyebut nama Allah setiap saat. Memandangkan fikiran kita sentiasa bergerak dan berubah setiap masa. Dalam satu minit fikiran boleh berubah ubah sampai berpuluh-puluh kali, tidak mudah menghentikan fikiran untuk tidak bergerak dan berubah.

Halangan lain untuk melakukan dzikir qolbu ini adalah, setiap saat hati dan fikiran kita selalu dipenuhi berbagai masalah hidup yang kita hadapi. Urusan perniagaan, pekerjaan, tekanan hidup, masalah ekonomi, stress, wanita atau lelaki idaman, dan lain sebagainya. Pelbagai masalah yang dihadapi tersebut menyebabkan hati dan fikiran jauh dan lalai dari zikir mengingati Allah.

Hati dan fikiran yang dipenuhi berbagai masalah duniawi dan jauh dari dzikir mengingat Allah, merupakan sumber berbagai penyakit jiwa mahupun fizikal yang dialami manusia. Orang yang jauh dari dzikir mengingat Allah hidupnya tidak henti-henti dirudung pelbagai masalah dan kesulitan, yang akan menimbulkan stress berkepanjang dan pelbagai penyakit fizikal (degeneratif) pada manusia.

Orang yang hatinya selalu berdzikir pada Allah, akan dibebaskan daripada pelbagai kesukaran, kesulitan dan kegelapan hidup, hatinya selalu nyaman dan tenang. Dia boleh menyelesaikan pelbagai masalah yang hadir dihadapannya dengan tenang, kerana llah selalu menyertainya dan menolongnya mengatasi pelbagai masalah tersebut.

Agar kita boleh berzikir didalam hati setiap masa tanpa terpengaruh oleh pelbagai masalah kehidupan yang membebankan hati dan fikiran, perlu diadakan latihan yang intensif. Bagi mereka yang berminat kami bersedia melatih anda untuk mampu melakukan zikir didalam hati setiap masa tanpa terpengaruh oleh berbagai masalah kehidupan..