KEUTAMAAN ZIKIR QOLBU


KEUTAMAAN
Keutamaan Dzikir Qolbu
Dzikir Qolbu Dalam ajaran Islam, ada dua macam dzikir, iaitu dzikir lisan dan dzikir qolbu (hati). Sesuai namanya, dzikir lisan bererti dzikir yang dilafalkan secara lisan atau bersuara. Dzikir jenis ini memiliki satu kelemahan,yakni tak mudah dilaksanakan setiap saat. Sebagai contoh, ada seorang guru yang gemar berdzikir lisan. Pada saat mengajar, automatik dzikir lisannya akan terhenti, digantikan dengan mata pelajaran yang disampaikan kepada murid-muridnya.

Dzikir Dalam hati
Terkadang orang yang sering berdzikir lisan ini merasa malu atau ada perasaan takut dianggap menunjuk alim kalau ia berdzikir dengan suara yang agak keras. Takut juga menjadi riya’. Riya’ ini tentu saja satu keinginan yang mengharapkan orang lain akan memperhatikan dan memberikan pandangan yang positif pada dirinya. Berbeza dengan dzikir lisan, dzikir qolbu (hati) boleh dilaksanakan bila-bila masa saja. Dzikirnya ahli dzikir hati takkan terganggu oleh apa pun juga. Kerana dzikir hati dilakukan dengan memusatkan diri pada suatu makna di dalam hati.

Makna tersebut tidak terdiri dari rangkaian kata, huruf, suara, atau apa pun. Ia terus mengingat Rabbnya dalam keadaan apapun. Dzikir ini dimaksudkan agar selalu berada dalam keadaan terhubung dengan Zat yang tiada ada bandingannya itu. Keadaan hati yang terus berdzikir ini akan menghindarkan diri dari perbuatan dosa. Orang yang sentiasa berdzikir tentu akan merasa malu kepada Rabbnya. Ia malu ketika ia selalu menyebut nama Allah yang menjadi kekasih sejatinya itu, ia melakukan perbuatan yang tidak disenangi oleh Yang Maha Pencipta.

Perasaan selalu dilihat inilah yang membuat orang yang mempunyai hati selalu berdzikir merasa malu melakukan dosa. Mereka berusaha untuk memenuhi kewajipan dan menghindari dosa. Adalah sesuatu yang sangat sulit untuk menahan hawa nafsu tidak melakukan dosa. Itulah mengapa dikatakan bahawa orang-orang yang mampu mengendalikan hawa nafsunya adalah orang-orang yang hebat. Merekalah kekasih Allah SWT. Mereka akan mendapatkan nikmat yang berlimpah baik di dunia mahupun di akhirat.

Di dunia mereka akan merasa bahagia dan tidak akan terkungkung oleh perasaan was-was dan gelisah. Walaupun dijelaskan dalam Al-Quran bahawa manusia itu akan diuji dengan perasaan gelisah, orang-orang yang beriman ini tetap percaya kalau Allah SWT selalu bersamanya sehingga perasaan gelisah itu dapat di atasi. Kepasrahan mereka menerima ketentuan Allah SWT, membuat mereka lebih sabar dalam segala hal.

Mereka ikhlas dalam beribadah dan menerima semua hukum yang berkaitan dengan ibadah tanpa menambah atau mengurangi. Mereka tida berniat melebihkan setiap aktiviti ibadah kerana mereka tahu bahawa Islam adalah agama yang sudah sempurna dan tidak perlu tambahan apapun. Mereka juga ikhlas dalam ikhtiar sehingga tidak pernah merasa putus asa. Kekuasaan Allahlah dalam hal menentukan arah kehidupan. Tugas manusia hanyalah berusaha untuk melakukan yang terbaik. Keputusan tetap ada pada Kekuasaan Yang Maha Khaliq.

Mereka ikhlas menginvestasikan waktunya untuk menimbah ilmu dan tidak mengikuti kegiatan yang akan melalaikannya dari mengingat Allah SWT. Mereka memilih teman-teman yang baik. Teman-teman yang akan mengingatkan ketika mereka berbuat salah. Temna-teman yang bersabar dalam melakukan perbuatan baik. Bagaimanapun, setiap perbuatan baik itu pasti ada cabarannya. Seringkali juga orang yang berbuat baik ingin apa yang dilakukannya itu dilihat orang dan dianggap orang yang baik.

Orang Berdzikir Tidak Sombong
Keinginan dipuji ini adalah sesuatu yang normal tetapi bukan satu hal yang disukai oleh Allah SWT. Keinginan dipuji itu sama dengan riya’. Riya’ ini sendiri sama dengan sombong walaupun kadarnya tidak banyak. Allah SWT Sang Pencipta jagad raya itu benci sekali dengan orang-orang yang sombong. Orang-orang yang berdzikir, akan sangat mudah untuk beristighfar dan menyedari kesalahannya. Ketika misalnya para pengunjung Masjidil Haram yang tanpa sengaja berbuat satu kesombongan, langsung ditegur oleh Allah SWT.

Misalnya, ketika seseorang merasa telah sangat hafal dengan pintu-pintu yang ada di Masjidil Haram, lalu ia tiba-tiba tidak dapat keluar dari masjid nan suci itu. Dengan ingat bahwa ia telah berbuat satu kesombongan, ia pun beristighfar dan sholat taubat. Yang terjadi selanjutnya adalah sesuatu yang sangat tidak dapat difikirkan dengan akal logik. Ia dapat keluar dari masjid. Menghambakan diri kepada Sang Pencipta itu memerlukan kerendahan hati untuk tidak berbuat sesuatu yang membuat-Nya marah.

Kesombongan boleh dikatakan sebagai suatu kesyirikan. Dosa syirik ini tak diampunkan. Tidak ada satu orang pun yang boleh merasa lebih baik daripada orang lain. Hanya Allahlah yang berkuasa menilai bahawa satu orang lebih baik dari orang lain. Bila ada yang merasa lebih baik, itulah kesombongan yang sesungguhnya. Menjadi baik itu tidak mudah. Godaan merasa sebagai orang alim selalu menggoda. Padahal setiap satu kebaikan itu belum tentu diterima oleh Allah SWT.

Boleh jadi semua kebaikan itu tertolak kerana melakukannya bukan kerana Allah SWT. Sangat sulit melakukan sesuatu dengan hati yang sangat ikhlas. Kadang seseorang melakukan sesuatu kerana ingin mendapatkan sesuatu. Suatu ketika Rasulullah mengatakan bahawa barang siapa yang hijrah bukan kerana Allah SWT melainkan kerana ingin menikahi seorang gadis, maka ia tidak mendapatkan pahala dari perbuatannya itu.

Setiap perbuatan yang dilakukan kerana ingin mendapatkan sesuatu dari manusia, maka perbuatan itu tidak akan dinilai sebagai amal kebaikan. Orang yang berdzikir dengan hatinya akan sangat faham bahawa perbuatan itu akan sia-sia ketika tidak ada niat yang baik yang menyertainya. Niat inilah yang membezakan satu pekerjaan merupakan pekerjaan yang akan mendatangkan pahala atau pekerjaan yang sia-sia semata.

Bahkan orang yang berdzikir kerana ingin mendapatkan predikat alim pun, sudah pasti dikatakan bukan orang yang ikhlas. Berdzikir itu ertinya ikhlas merendahkan hati kepada Yang Maha Pencipta dan selalu ingin dekat dengan-Nya. Siapapun dapat melakukan dzikir dengan hati. Hati yang berdzikir ini akan mudah sekali tergerak untuk melakukan perbuatan yang bermanfaat. Sering kali hatinya yang bening boleh cepat mengetahui mana perbuatan yang baik dan mana perbuatan yang tidak baik.

Hatinya yang dekat dengan Khaliq itu mempunyai perasaan yang sangat peka ketika menilai seseorang atau satu perbuatan sehingga ia terhindar dari kejahatan yang mungkin akan dilakukan orang lain terhadapnya. Orang sering mengatakan bahawa hendaknya berhati-hati dengan firasat orang alim. Hal ini kerana dengan hatinya yang bening, Allah SWT memberikan anugerah yang lebih kepadanya.

Keutamaan Dzikir Hati
Berbeza dengan dzikir lisan, dzikir hati yang dilakukan seseorang tidak akan diketahui oleh siapa pun kecuali dirinya sendiri dan Allah swt. Kerana itu, potensi riya (menunjuk-nunjuk) dapat dikurangkan. Itulah sebabnya dzikir qolbu atau dzikir hati jauh lebih utama berbanding dzikir lisan. Keutamaan dzikir hati berdasarkan sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Baihaqi adalah tujuh puluh kali ganda lebih unggul daripada zikir lisan.

Menjelang tiba hari pembalasan, Allah akan mengembalikan semua amalan hamba-hamba-Nya sesuai perhitungan yang dibawa para malaikat pencatat amalan manusia. Allah lantas bertanya kepada malaikat-malaikat itu, "Masih adakah amalan lain yang dilakukan hamba-Ku ini?" Para malaikat menyahut bahawa tidak ada sedikit pun amalan yang luput dari pencatatan mereka.

Allah SWT lantas berkata pada hamba-Nya bahawa hamba tersebut mempunyai amalan yang tidak diketahui siapa pun kecuali oleh Allah SWT. Dan Allah akan membalas amalan itu. Amalan kebaikan apakah yang dimaksudkan? Tidak lain tidak bukan, iaitu dzikir yang tak bersuara (tersembunyi). Subhanallah. Betapa besarnya keutamaan dzikir qolbu.

Dzikir hati juga merupakan amalan yang istimewa kerana hati adalah sumber segala rahsia seorang manusia. Di dalam hati manusialah Allah meletakkan pengawasan-Nya. Hati menjadi tempat bertenggeknya iman. Jika hati seseorang baik, nescaya seluruh jasadnya baik. Sebaliknya, hati yang buruk akan mengakibatkan jasadnya pun menjadi buruk.

Ayat-ayat berkaitan keistimewaan hati pun banyak bertebaran di dalam Al Quran, antara lain, Q.S. Al-Mujadalah [58]: 22, berkaitan orang-orang yang ditanamkan keimanan di dalam hati mereka oleh-Nya, sehingga Allah SWT memberikan mereka pertolongan berupa kekuatan batin, kesucian hati, kemenangan melawan musuh, dan lain-lain. Q.S. Al-Hujurat [49]: 3, berkaitan ujian hati yang diterima umat Muhammad agar mereka bertakwa. Q.S. Al-A'raf [7]: 205, berkaitan perintah untuk mengingat Allah SWT atau dzikir qolbu atau zikir dalam hati dengan rendah hati, rasa takut, dan tanpa mengeraskan suara.