PROGRAM KEILMUAN

PROGRAM KEILMUAN
Program Quantum Management Hati Terapi Zikir Qalbu Anugerah Agung adalah method pembangkitan potensi hikmah Zikrullah yang dikembangkan di dalam Program Anugerah Agung Spiritual Development Centre. Dengan pengolahan potensi hikmah yang arif diharapkan akan mampu untuk membangkitkan sebuah fenomena hikmah yang akan memberikan berbagai kemampuan hikmah. Dengan memahami wacana Zikir Qolbu insya Allah kita akan mampu mengolah hikmah dan memanfaatkannya untuk berbagai keperluan , baik dalam kemampuan ilmu hikmah itu sendiri , ataupun untuk menjadi seorang ahli terapi pengubatan / perawat.

Media pelatihan sangat sederhana tidak memerlukan puasa dan wirid , peserta hanya tinggal melakukan penyelarasan dengan mendengarkan DVD tutorial Zikir Qolbu. Dengan cara yang praktikal namun istiqomah dalam waktu singkat anda insya Allah mampu memahami hakikat Zikir Qolbu dengan berbagai kemampuan di dalamnya yang Luarbiasa.


Ikuti program pelatihan Program Quantum Management Hati Terapi Zikir Qalbu Anugerah Agung program jarak jauh , lengkap dengan fasiliti DVD media Program Quantum Management Hati Terapi Zikir Qalbu Anugerah Agung , buku panduan tata cara pelatihan dan cara untuk mengoptimumkan Zikir Qolbu sehingga akan memiliki kemampuan hikmah dan kemampuan untuk menjadi ahli terapi untuk penyakit medik dan non medik,membuka indera keenam, melancarkan rezeki dan bisnes,dan 1001 kegunaan yang hanya akan dirasakan sendiri oleh pengamalnya nanti….ilmu ini di-ajarkan langsung dibawah bimbingan Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D. Ilmu ini juga mudah di amalkan oleh siapapun, tidak ada ritual berat, tidak perlu puasa/tirakat berat, tidak ada pantangan, selamat serta  tanpa kesan sampingan negatif dan pastinya halal dan penuh berkat kerana sesuai dengan ajaran syariat Islam. Keajaiban luarbiasa yang akan anda dapatkan berasal dari sumber sumber yang jelas dan dapat dipertanggung jawabkan!!!

BAB 1

MEMAHAMI KAEDAH ZIKIR QALBU
Pemahaman terhadap kaedah Zikir Qalbu, bersumber dari beberapa isyarat yang anda jumpai baik di dalam Al-Quran juga di dalam Hadits Rasullullah SAW. Ada dua kaedah yang sangat mendasar dan memberikan suatu pemahaman yang sangat penting dalam merumuskan kaedah Zikir Qalbu  adalah sebagai berikut:

Bahawa tidak sempurna iman seseorang sehingga apabila di sebut Asma Allah maka bergetar hati mereka, dan tidak sempurna iman seseorang sehingga apabila mendengar di bacakan ayat-ayat Allah maka akan bergetar hati mereka…Al-Ayat

Bahawa di dalam diri anda terdapat segumpal darah, yang apabila baik segumpal darah tersebut maka akan baiklah diri anda, namun apabila buruk segumpal darah tersebut, maka akan buruk pulalah diri anda, dan segumpal darah tersebut adalah hati…Al-Hadits

Dengan memahami dua kaedah tersebut di atas, banyak sekali anda dapat menyimpulkan suatu nilai isyarat yang sangat berharga tentang hati / Qalbu yang dapat memberikan suatu pencerahan ruhaniah.

Beberapa kaedah zikir Qalbu tersebut adalah sebagai berikut :

Zikir haruslah di lafazkan diucapkan dengan frekuensi rendah (nada rendah seperti bass) kerana akan mempercepat keadaan semi trance sehingga akan tercipta harmonisasi antara badan halus dan badan spiritual anda. Hal ini merupakan pemahaman dari kaedah zikir Qalbu yang pertama.

Zikir dengan membaca Asma Allah (Asmaul Husna) dalam jumlah tertentu akan memberikan kesan yang tinggi. Ini adalah kerana Asmaul Husna bacaannya pendek sehingga anda akan lebih cepat melakukan pengulangan melafazkannya, sehingga semakin lama akan memberi kesan / pengaruh berputarnya siklus energi Ilahiyah di dalam diri anda.

Dengan dua keadaan tersebut di atas, maka akan semakin cepat membawa anda dalam keadaan trance. Dalam keadaan trance seperti ini maka potensi spiritual akan semakin kuat yang akan diiringi dengan munculnya fenomena-fenomena spiritual yang sangat menakjubkan.

Apabila Zikir Qalbu di lakukan secara berulang dan istiqamah (terus-menerus), maka selain anda mengalami berbagai fenomena spiritual maka juga pasti akan disertai dengan munculunya berbagai kemampuan (ability)seperti: indera ke-enam, terawangan (projeksi astral) serta meragasukma yakni sebuah perjalanan spiritual (projeksi ether). Selain daripada itu potensi energi Ilahiyah yang dibangkitkan dengan Zikir Qalbu dapat dimanfaatkan untuk banyak sekali kemanfaatan sesuai hajat dan keperluan anda.

BAB 2

PENGAJIAN ZIKIR QALBU ANUGERAH AGUNG
Dalam pakej program Zikir Qalbu Anugerah Agung ini disertakan di dalamnya kelengkapan sebagai berikut:

DVD Zikir Qalbu Anugerah Agung
DVD Zikir Qalbu Anugerah Agung yang berisikan Zikir alat Bantu di dalam melakukan zikir Qalbu tersebut. DVD rakaman Zikir yang sudah diprogram sedemikian rupa sehingga secara proporsional akan akan memancarkan berbagai gelombang frekuensi. Rakaman Zikir yang sudah di sikronisasi pada gelombang frekuensi tingginya, di optimumkan secara profesional pada gelombang frekuensi tengah dan rendahnya. Secara stimultan akan menstimulan gelombang frekuensi Alpha dengan panjang gelombang 8Hz-14Hz.

Dengan DVD Zikir Qalbu Anugerah Agung ini, anda hanya pasang pada player (CD player atau Komputer). Latihan ini akan lebih berkesan kalau anda mendengarkannya dengan headphone atau earphone.

Buku panduan Zikir Qalbu Anugerah Agung
Di dalam buku panduan ini mengupas perihal Zikir Qalbu dan kaedahnya serta pengajian untuk mengolah energi Ilahiyah dengan Zikir Qalbu dan cara memanfaatkannya.

LATIHAN
Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, anda dinasihatkan agar menjalankan latihan ini dengan bersungguh-sungguh, tekun, yakin dan menjiwai apa yang anda lalui. Dari situ anda akan meraih ketenangan yang harmoni yang akan membuahkan jiwa yang kuat dan berkualiti tinggi.

POTENSI SPIRITUAL ZIKIR QALBU ANUGERAH AGUNG
Zikir Qalbu yang telah anda amalkan bukannya tidak akan merubah potensi spiritual rohaniah anda. Suasana hati (Qalbu) anda akan sangat berpengaruh atau mempengaruhi diri anda secara utuh. Ertinya bahawa suasana hati anda akan mempengaruhi keadaan rohaniah anda. Secara umum dapat anda contohkan seperti berikut ini:

Apabila keadaan emosional hati anda sedang buruk, maka memberi pengaruh yang kurang baik kepada anda baik secara rohaniah mahupun secara nyata. Misalnya anda dalam keadaan emosional yang buruk, maka apabila anda sedang mengerjakan suatu bisnes atau pekerjaan, maka akan mempengaruhi pekerjaan anda dengan keadaan yang kurang menguntungkan.

Apabila anda dapat menjaga suasana hati / Qalbu anda tetap dalam keadaan yang tenang dan bahagia maka insya Allah anda akan mendapat banyak kegembiraan dan keuntungan yang tidak di sangka-sangka.

Menyikapi keadaan seperti tersebut di atas, maka ada banyak hal yang penting yang harus anda persiapkan supaya suasana spiritual anda tidak menjadi buruk, demikian pula keadaan rohaniah anda.

Perkara yang dapat anda lakukan adalah dengan selalu membuka prasangka baik terhadap sesiapapun dan terhadap apapun ( meski tanpa meninggalkan kearifan dan kejernihan fikiran), tidak cepat berprasangka buruk terhadap apapun, menghindar dan menjauhi perkara yang dapat mempengaruhi keadaan spiritual anda sehingga menjadi terperuk dan berada di dalam keadaan yang suntuk. Secara sederhana dapat anda simpulkan bahawa, apabila hati anda dalam keadaan sedih, susah atau dalam keadaan yang buruk maka akan memberi kesan yang kurang baik pula pada keadaan anda secara rohaniah dan secara nyata. Namun demikian pula sebaliknya, keadaan atau suasana hati yang senang, bahagia maka akan memberi kesan yang bagus baik secara rohaniah ataupun secara nyata.

Dengan penyelarasan Zikir Qalbu yang berulang-ulang dan istiqamah (terus-menerus), maka akan membukakan pintu keberuntungan dalam segala perkara, mendatangkan rezeki yang tidak disangka-sangka dansebagainya.


Zikir Qalbu juga akan membukakan kepekaan indera ke-enam anda, sehingga anda akan mendapat isyarat-isyarat samada dari alam nyata mahupun alam ghaib.